free counters

Selasa, 7 Disember 2010

Mee Ladna


Bahan-Bahan:

500 gram mee kuning
100 gram udang buangkan kulit badannya
100 gram sotong dihiris
100 gram isi ayam dihiris
2 ulas bawang putih dicincang halus
4 ulas bawang merah dicincang halus
kacang peas
Sedikit bunga kobis
1 biji lobak merah
1 biji capsicum merah dan hijau 
1 sudu kecil lada hitam
1 biji telur
Air secukupnya
Sos tomato
Sos tiram
Minyak masak
Daun bawang  daun sup racik
Bawang goreng
Sedikit garam dan gula

Cara menyediakan:

1 Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang merah dan bawang putih cincang. Gorengkan sampai wangi.
2 Masukkan ayam, udang dan sotong
3 Masukkan air, sos tiram, tomato sos, lada hitam dan lobak merah
4 Bila mendidih masukkan telur dan kacau supaya hancur.
5 Masukkan mee dan sayuran. Kacau rata. Masukkan garam dan gula.
6 Bila sayur dah layu boleh masukkan dalam pinggan hidang dan taburkan daun bawang dan  daun sup serta bawang goreng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan