Bahan-Bahan: |
500 gram daging batang pinang |
5 sudu besar sos lada hitam |
1 sudu besar sos tiram |
1 sudu kecil minyak bijan |
2 sudu besar kicap manis |
1 cawan air |
1 biji chili capsicum merah atau hijau |
1 biji chili merah |
Bahan Untuk Dikisar: |
2 biji bawang merah |
3 ulas putih |
2 cm halia |
Cara penyediaan: |
1 Bersihkan daging dan potong kecil-kecil kemudian diperap dengan sos lada hitam sekurang kurangnya 4 jam . Simpan daging didalam peti sejuk bahagian biasa. |
2 Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dimayang halus dan kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan bawang besar , sos tiram , minyak bijan , kicap dan kacau lagi kemudian masukkan semua daging yang telah diperap tadi . Masukkan cili capsicum serta cili merah , air dan kacau serta biarkan daging ni mendidih sehingga kuah menjadi sedikit dan daging menjadi empuk.Jika daging masih kurang empuk tambah air lagi dan biarkan daging masak lagi . |
3 Biarkan kuah menjadi sedikit dan sekali sekala Kacau semua bahan sehingga rata, tambahkan garam mengikut citarasa. |
Selasa, 7 Disember 2010
Daging Masak Lada Hitam
Label:
Daging Masak Lada Hitam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan