free counters

Selasa, 7 Disember 2010

Lala Masak Lada Hitam


Bahan-Bahan:

2 kilo lala
4 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar cili kisar
3 batang serai dititik
Sedikit air asam jawa secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

Bahan Dikisar Halus :

4 biji bawang merah
4 ulas putih
2 cm halia
2 cm lengkuas

Cara penyediaan:

1 Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar serta cili dan kacau sampai terbit bau wangi . Masukkan serai , sos tiram , sos lada hitam , sos cili serta air asam jawa dan kacau kemudian masukkan semua lala yang sudah dibersihkan dulu .
2 Kacau semua bahan sehingga rata . Masukkan garam mengikut citarasa.  Lala akan terbuka bila dah masak dan cengkerangnya akan bertukar warna .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan