free counters

Selasa, 7 Disember 2010

Mee Kantonis

Bahan-Bahan:

500 gram mee kuning dicelur
5 biji telur dipukul
100 gm udang basah buangkan kulit badannya
100 gram isi  ayam dihiris nipis
3 ulas bawang putih dicincang
100 gram brokoli dipotong
100 gram bunga kobis dipotong
100 gram lobak merah dipotong kecil dan memanjang
5 biji  jagung muda potong serong
2 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar tepung jagung dicampur 1 cawan air dan dibancuhkan
1 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sebuk  lada sulah
Garam
Minyak

Cara penyediaan:

1 Panaskan minyak  masak masakan kan mee kuning bersama minyak bijan dan sedikit kicap pekat. Gaul rata rata supaya semuanya sekata.
2 Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam dan udang.
3 Masukkan air rebusan ayam bersama serbuk lada sulah, sos tiram, jagung mudan dan lobak merah.
4 Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5 Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6 Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan