free counters

Selasa, 7 Disember 2010

Telur Bungkus


Bahan-Bahan:

2 biji telur
10 gram daging yang dicincang
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar  dihiris nipis
1 biji tomato dibelah 6 
1 camca besar sayuran campur (mix vegetables)
2 camca besar sos tomato
1 camca besar sos tiram
garam secukup rasa
Daun ketumbar dihiris

Cara penyediaan:

1 Telur dipukul dan digoreng dadar. Ketepikan.
2 Tumis bawang putih sehingga kekuningan kemudian masukkan isi daging. Reneh supaya daging benar nenar  masak.
3. Setelah masak masukkan sos tomato,sos tiram, garam,bawang besar masak sehingga bawang layu. Masukkan tomato dan sayuran campur , masak sebentar kemudian angkat dan diletakkan ke atas telur dadar.Letakkan daun ketumbar dan bungkus telur berbentuk empat segi sama. Sedia dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan