free counters

Sabtu, 4 Disember 2010

Mee Jawa


Bahan-Bahan:

1 kilogram  mee kuning  dicelur 

Bahan Untuk Dihiris / Condiment:

4 biji telur rebus 
Segengam taugeh 
2 keping tauhu  potong dadu 
Daun bawang dan  daun sup dihiris halus 
Chili api dipotong
Limau nipis dibelah 2
Bawang goreng 

Bahan Untuk Kuah:

500 gram ayam  dipotong kecil-kecil 
200 gram daging  dipotong kecil-kecil 
200 gram udang 
3 sudu besar udang kering dikisar halus 
1 biji bawang besar dikisar halus 
3 ulas bawang putih dikisar halus 
1 cm halia  dikisar halus 
1 cm lengkuas dikisar halus 
1 batang serai  dikisar halus 
500 gram ubi keledek  direbus dan dikisar halus 
3 sudu besar rempah kari daging 
Minyak untuk menumis 
15 tangkai chili kering 
Garam dan gula secukup rasa 
Air secukupnya 

Cara penyediaan:

1 Kisar sehingga hancur bahan-bahan seperti udang kering, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, dan serai sekaligus.
2 Cili kering direndam dengan air panas dan dikisar halus. 
3 Tumis chili hingga garing. setelah garing, masukkan bahan bahan  yang telah dikisar dan ditumis sehingga naik bau. 
4 Bancuh serbuk kari dengan air. Masukkan ke dalam periuk. Tumis sehingga naik minyak. 
5 Masukkan ayam dan daging. Kacau dan masak sehingga ayam dan daging separuh empuk. 
6 Masukkan ubi keledek yang telah dimesin. Masukkan juga air mengikut kepekatan yang disukai. 
7 Masukkan udang. Masak sehingga mendidih. 
8 Akhir sekali, masukkan garam dan gula mengikut citarasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan