free counters

Sabtu, 4 Disember 2010

Kuey Teow Kerang


Bahan-Bahan:

1 peket kuey teow
1/2 cawan isi kerang 
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
4 sudu makan chili kisar
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh kicap manis
1 sudu teh kicap pekat
2 biji telur 
Taugeh
Kucai
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

Cara penyediaan:

1 Panaskan minyak, goreng hancur telur ketepikan. Tambah minyak di dalam  kuali dan gorengkan kerang setengah masak, tumis bawang putih, merah dan  cili mesin sehingga cili masak.
2 Masukkan kuey teow. Bubuh kicap pekat,kicap manis dan  sos tiram. Gaul rata dan  rasakan garamnya.
3 Akhir sekali masukkan taugeh & kucai. Hidangkan bersama cili hijau jeruk. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan