Bahan-Bahan: |
1 kilogram mee kuning |
1 mangkuk isi ayam dihiris |
3 sudu makan sos tomato |
2 sudu makan kicap manis |
2 sudu makan sos tiram |
1 sudu teh kicap pekat |
1 biji tomato dipotong dadu |
2 biji telur |
2 keping tauhu dibelah 2, digoreng dan dipotong nipis |
Segenggam taugeh |
2 biji limau nipis |
Sedikit air |
Garam secukup rasa |
Bahan Untuk Dikiisar: |
10 tangkai cili kering |
1 biji bawang besar |
3 ulas bawang putih |
Cara penyediaan: |
1 Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar, kacau sekejap dan masukkan sedikit air sehingga naik bau wangi. |
2 Masukkan kicap, sos tomato, tomato, garam, tauhu goreng dan mee dan goreng rata. |
3 Buat bulatan kosong di tengah kuali. Masukkan telur dan kacau sekejap biar telur masak sedikit. Kacau sekali dengan mee hingga sebati. Akhrnya masukkan taugeh. |
4 Mee ini disediakan agak kering. Perah asam limau untuk menambah citarasa. |
Sabtu, 4 Disember 2010
Mee Goreng Mamak
Label:
Mee Goreng Mamak
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan