free counters

Sabtu, 4 Disember 2010

Bihun Goreng Singapura

Bahan-Bahan:

1 peket bihun direndam hingga lembut
1 mangkuk kecil isi ayam  dihiris
1 mangkuk kecil sotong  dipotong bulat
3 keping fish cake  dihiris tebal
1 batang lobak merahdipotong memanjang halus
1 ikat daun kucai
Segenggam taugeh
4 ulas bawang putih dikisar
5 ulas bawang merah dikisar
1 sudu besar serbuk lada sulah
Sedikit sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dlan tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2 Masukkan isi ayam,sotong dan masukkan sedikit air dan kacau sebentar hingga empuk.
3 Masukkan fish cake,lobak merah,lada sulah,sos tiram dan garam kacau rata.
4. Kemudian masukkan bihun dan gaul rata dan tambah air jika perlu.
5. Akhir sekali masukkan taugeh,daun kucai dan gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan