free counters

Ahad, 5 Disember 2010

Bingka Jagung

Bahan-Bahan:

½ tin jagung berkrim
2 sudu makan tepung kastad
500 gram santan
1 sudu teh garam
3 biji telur
200 gram tepung gandum
100 gram gula
50 gram marjerin
½ cawan bijan disangai

Cara penyediaan:

1 Masukkan semua bahan kecuali bijan ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati.
2 Masukkan ke dalam periuk dan masak sebentar di atas api.
3 Sementara itu sapu rata acuan atau loyang dengan marjerin.
4 Tuang adunan ke dalam acuan. Taburkan bijan goreng di atasnya.
5 Masukkan acuan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 180° selama sejam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan