free counters

Khamis, 2 Disember 2010

Kering Masak Sambal


Bahan-bahan :

2 kilogram  kerang  dibasuh bersih dan rebus, keluarkan isi.
15 tangkai cili kering  dikisar
8 ulas bawang merah dikisar
1 ulas bawang putih dikisar
3 sudu besar air asam jawa
3 sudu besar gula melaka
1 sudu besar gula pasir
1 labu bawang besar  dipotong bulat
Garams secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:

1 Panaskan minyak, tumis dulu bawang besar dan  bawang putih . Goreng hingga kekuningan tepi bawang. 
2 Masukkan cili dan bawang yang telah dikisar. Kacau dan masak hingga naik minyak. Masukkan air asam jawa, gula melaka dan gula pasir. Masukkan kerang dan letak garam. Masak hingga sebati dan kacau hingga kuah agak pekat. Angkat dan hidang.
3 Masukkan kerang dan letak garam. Masak hingga sebati dan kacau hingga kuah agak pekat. Sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan