Bahan-bahan : |
1 ekor ikan kerapu saiz besar dibelah dan dibuang tulang |
Sedikit serbuk kunyit dan garam |
8 tangkai cili padi ditumbuk lumat |
3 kuntum bunga kantan dicincang |
3 ulas bawang putih ditumbuk kasar |
1 sudu besar sambal belacan |
1 sudu besar madu |
2 sudu kecil gula |
3 sudu kecil stok ayam |
Minyak untuk menggoreng dan menumis |
Garam secukup rasa |
Cara Menyediakan: |
1 Lumur ikan dengan garam, kunyit dan goreng . Setelah garing, angkat dan tuskan. |
2 Panaskan minyak untuk menumis dan tumis bawang putih serta sambal belacan hingga garing. |
3 Masukkan kesemua bahan lain dan kacau hingga masak di atas api sederhana. |
4 Tuangkan pes yang ditumis tadi di atas ikan yang telah digoreng. |
Rabu, 1 Disember 2010
Kerapu Sambal Bermadu
Label:
Kerapu Sambal Bermadu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan