free counters

Rabu, 1 Disember 2010

Ikan Masin Gulai Nenas


Bahan-bahan :

1/2 biji nenas saiz kecil kupas kulit dan potong dadu
1/2 biji kelapa diambil 1/2 cawan santan pekat dan 1/2 cawan santan cair
3 sudu besar minyak masak
Beberapa keping ikan masin talang
Minyak untuk menumis

Bahan Untuk Dikisar:

7 tangkai chili kering
6 ulas bawang merah
4 biji buah keras
1 batang serai
1 cm lengkuas
1 cm kunyit
1 keping kecil belacan

Cara penyediaan:

1 Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2 Tuangkan santan cair dan biarkan mendidih kemudian masukkan nenas.
3 Biarkan nenas masak beberapa minit barulah dimasukkan ikan kering. Apabila sudah mendidih, tuangkan santan pekat serta perisakan dengan garam. Teruskan mengacau hingga masak dan agar tidak pecah minyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan