free counters

Isnin, 13 Disember 2010

Kek Chiffon Orange


Bahan-Bahan:

Bahan A:

1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1/8 camca teh garam halus
6 biji telur diambil kuningnya
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren
1/4 cawan minyak jagung

Bahan A:

6 biji telur diambil putihnya
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar

Cara penyediaan:

1 Panaskan ketuhar pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan bahan  A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
2 Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
3 Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan adunan pertama sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci, bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
4 Terlungkupkan kek dan biar betul betul sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan