free counters

Isnin, 13 Disember 2010

Kek Chiffon Keladi


Bahan-Bahan:

Bahan A:

6 bji telur diambil kuningnya
150 gram gula halus
100 ml pati santan
70 ml air
100 ml minyak jagung
225 g tepung gandum
1 1/2 camca teh baking powder
1 camca teh perisa keladi
1/2 camca teh pewarna unggu
Secubit garam

Bahan B:

6 bji telur diambil putihnya
135 gram gula halus
1/2 camca teh cream of tartar

Cara penyediaan:

1 Dalam satu bekas, satukan ke semua bahan A dan kacau menggunakan wisk hingga semua larut dan sebati. Ketepikan.
2 Dalam mixing bowl, pukul putih telur dgn kelajuan tinggi bersama cream of tartar. Masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga putih telur menjadi kembang dan kental.
3 Gaul putih telur tadi ke dalam bancuhan pertama  dengan kaedah 'kaup balik' hingga sebati. Masukkan ke dalam acuan chiffon dan bakar dalam ketuhar  yang telah dipanaskan pada suhu 176C selama 30 - 35 minit.
4 Bila masak, keluarkan dari oven dan terus terbalikkan acuan chiffon. Biar berkeadaan terbalik hingga kek sejuk. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan