free counters

Selasa, 14 Disember 2010

Agar Agar Milo


Bahan-Bahan:

Bahan Lapisan Milo:

8 gm agar-agar 
2 cawan air 
1/3 cawan gula
1 cawan serbuk Milo

Cara menyediakan:

1 Masak agar-agar bersama air hingga agar agar  larut. Masukkan
gula dan milo, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
2 Tuangkan adunan ke dalam acuan yang dikehendaki. 
Biarkan beku sebentar.
3 Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan 
garfu untuk dituangkan lapisan susu.

Bahan Lapisan Susu:

10 gram agar-agar 
1 3/4 cawan air 
1/2 cawan gula
1 cawan susu sejat 
Beberapa titis esen vanilla

Cara menyediakan:

1 Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
2 Masukkan gula dan kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
3 Masukkan susu sejat dan esen vanila.
4 Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan
coklat tadi. Letak dalam fridge dan hidangan sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan