free counters

Rabu, 1 Disember 2010

Jenahak Masak Sup

Bahan-bahan :

1 ekor ikan jenahak dipotong kecil kecil
2 ulas bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
3 tangkai cili padi  dihiris
1 inci halia diketuk
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 sudu makan rempah sup
1 sudu teh serbuk lada sulah
Minyak untuk menumis
Daun bawang  dan  daun sup - hiasan
Garam dan  gula - secukup rasa
Air secukupnya

Cara penyediaan:

1 Tumis bahan hiris sehingga naik bau.
2  Masuk kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih)
3  Masuk rempah sup dan lada sulah. Tumis sebentar.
4  Masukkan air.
5  Bila air sudah mendidih, masukkan ikan.
6  Masukkan garam dan gula.
7 Renihkan kira-kira 15-20 minit supaya semua rasa mesra.
8 Tabur daun sup dan daun bawang. Boleh juga taburkan bawang goreng. Perahkan asam limau nipis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan