free counters

Khamis, 2 Disember 2010

Ikan Masin Masak Gulai Nangka


Bahan-bahan :

500 gram nangka muda dipotong dan dicelur hingga masak
750 ml santan cair
300 gram ikan sepat masin
7 helai daun selasih

Bahan Untuk Dikisar :

10 ulas bawang merah
10 tangkai cili padi 
8 ulas bawang putih
2 batang serai
1/2 sudu kecil ketumbar
1/2 sudu kecil jintan halus
1/2 sudu kecil lada hitam
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:

1 Minyak dipanaskan, dan  masukkan bahan kisar dan kacau. Biarkan bahan tumis tadi naik baunya. 
2 Kemudian masukkan nangka muda, ikan masin, santan dan daun selasih. 
3Setelah kuah mendidih, masukkan garam secukup rasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan