free counters

Sabtu, 4 Disember 2010

Tat Telur


Bahan-bahan:

Bahan Untuk Kulit:

500 gram tepung gandum diayak
11/2 cawan marjerin
1 sudu besar lemak sayur/crisco
2 sudu besar gula
1 biji telur

Cara penyediaan:

1 Gaul dan uli semua bahan kecuali telur seperti serbuk roti.
2 Masukkan telur dan gaul rata.
3 Canaikan setebal 1/2 cm sebelum diterap bulat.
4 Letakkan kulit tat di dalam dulang acuan bermangkuk kecil
 yang sudah digriskan.
5 Cucukkan dengan garfu untuk mengeluarkan gelembung angin.
6 Bakar selama 10 minit pada suhu 180C.

Bahan Untuk Inti:

1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air biasa
1 sudu besar tepung kastad
1/2 s/teh vanilla
sedkit pewarna kuning

Cara penyediaan:

1 Gaul semua semua bahan perlahan sehingga sebati.
2 Tuangkan keatas kulit tat yang telah dibakar separuh masak.
3 Keluarkan dan tuangkan adunan kastad telur kedalam tat.
4 Bakar semula 5 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan