free counters

Sabtu, 4 Disember 2010

Bihun Goreng Taucu


Bahan-Bahan:

1 bungkus bihun direndam hingga lembut
Sedikit sayur sayuran - sawi, lobak merah dipotos nipis memanjang
dan taugeh.
Sedikit isi ayam yang dipotong nipis.

Bahan Untuk Menumis:

5 sudu besar chili boh 
2 sudu besar sos tiram
3 ulas bawabg putih diketuk
1/2 labu bawang besar dihiris
3 sudu besar tau choo manis
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:

1 Tumis bahan tumis dan masukkan isi ayam sehingga masak.
2 Masukkan taucu, garam dan air. Kemudian disusuli dengan bihun yang telah direndam. Gaul hingga sebati.
3 Dan seterusnya masukkan pula sayur sayuran dan kacau hingga sayuran tersebut layu. Sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan