free counters

Sabtu, 4 Disember 2010

Udang Seri Pandan


Bahan-bahan:

300 gram udang 
1 biji bawang besar dihiris bulat 
5 biji bawang merah 
5 biji chili hijau 
2 cm halia 
2 cm kunyit 
2 ulas bawang putih 
2 biji tomato 
1/2 cawan sos cili 
1/3 cawan sos tomato 
2 sudu besar madu 
1 sudu besar sos tiram 
3 sudu besar tepung jagung 
1 biji telur ayam 
1 biji limau nipis 
1/3 cawan kismis hitam
30 gram rempah campur -kulit kayu manis,bunga lawang,cengkih dan buah pelaga 
2 helai daun pandan 
2 sudu besar sos ikan thailand

Cara penyediaan:

1 Perap udang yang telah dibuang kulit dengan sos tiram. Pecahkan telur dan tabur tepung jagung dan celup udang serta goreng sebentar saja. 
2 Kisar bawang merah, bawang putih, halia,kunyit,chili hijau dan tomato.
3 Panas minyak, tumis rempah campur dan daun pandan. tuang pes kisar tadi dan goreng hinga garing. masuk sos cili,sos tomato dan madu.kemudian masukkan udang dan kacau rata. 
4 Masukkan  sos ikan,kismis hitam,bawang besar hiris bulat dan goreng sebentar. Perah jus limau akhir sekali. tabur hirisan daun ketumbar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan