free counters

Jumaat, 3 Disember 2010

Bayam Goreng Udang Kering


Bahan-bahannya:

2 ikat bayam dibersihkan dan dipotong
1 sudu makan udang kering direndam dan ditoskan
Minyak untuk menumis
Sedikit air.

Bahan Untuk Dihiris:

3 ulas bawang putih
3 labu bawang merah
1 labu bawang besar
4 biji chili hidup

Cara penyediaan:

1 Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga bangkit bau dan sedikit garing
2 Masukkan sedikit air dan udang kering. Kacau dan biarkan sebentar.
3 Bila udang kering sudah masak dan kuah sudah sebati dengan bahan tumis, masukkan bayam. Kacau sebentar dan angkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan