free counters

Jumaat, 3 Disember 2010

Sup Burung Puyuh


Bahan-bahannya:
6 ekor burung puyuh dibelah dua bahagian
1 bunjut sup tulang
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga 
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 pelepah batang saderi dipotong nipis
2 labu bawang besardibelah empat
3 biji tomato dibelah empat
9 biji cili api diracik
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan untuk Dihiris:

5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 inci halia
2 inci lengkuas

Untuk Untuk Hiasan:

Daun saderi  diracik halus
Daun bawang diracik halus
Chili api diracik halus
Bawang goreng
Limau nipis

Cara penyediaan:

1 Tumis sebentar  kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang bersama sup bunjut. Masukkan bahan hiris dan tumis sehingga garing.
2 Masukkan air secukupnya dan biarkan kuah mendidih selama 10 minit.
3 Masukkan burung puyuh, dikacau dan biarkan sehingga burung puyuh masak
4 Masukkan saderi, bawang besar, tomato dan garam. Kacau seketika. Angkat dan hidangkan
5 Taburkan daun bawang, daun saderi,bawang goreng dan perahkan asam limau sebelum dimakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan