free counters

Khamis, 2 Disember 2010

Bawal Kukus Bersos


Bahan-bahan :

2 ekor ikan siakap  sederhana besar
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh tepung jagung
1/2 camca teh lada sulah
3 camca teh lada sulah

Bahan Untuk Sos :

3 camca besar jus limau kasturi 
1 1/2 camca besar minyak masak
1 1/2 camca teh gula 
1/2 camca teh garam 
10 biji cili padi, dihiris 
2 batang serai, dihiris halus 
1/2 kuntum bunga kantan, dihiris 
1 helai daun limau purut, dihiris halus 
1/2 inci halia muda, dihiris halus 
2 ulas bawang putih, dihiris halus 
1/2 camca teh tepung jagung 
1/2 camca teh serbuk pati ikan 

Cara Menyediakan:-

1 Lumurkan ikan dengan garam, tepung jagung dan lada salah. Ketepikan sementara menyediakan sosnya.
2 Dalam satu bekas, satukan kesemua bahan sos hingga sebati. Ketepikan. 
3 Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan dalam bekas dan tuangkan sos rata2 dan masukkan sebahagian ke dalam belahan perut ikan. Kukus lebihkurang 10 minit. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan