free counters

Selasa, 23 November 2010

Wajik / Pulut Manis


Bahan-bahan :

1 kilogram beras pulut
300 gram gula pasir
300 gram gula merah
500 ml santan  dicampur  secubit garam
Daun pandan disiat dan disimpulkan

Cara menyediakan:

1 Kukuskan pulut sehingga naik wap. Sejukkan.
2 Gula merah dan gula pasir dimasakkan dengan santan dan daun pandan.
3 Masakkan sehingga pekat.
4 Masukkan pulut dan kacau rata sehingga sebati dan berkilat.
5  Masukkan dalam loyang dan sejukkan baru potong dan hidangkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan