Bahan-bahan: |
Bahan Untuk Lapisan Tengah: |
6 camca besar tepung jagung |
6 camca besar minyak masak |
Cara menyediakan: |
Campurkan kedua dua bahan tersebut didalam bekas. Kacau hingga sebati dan tidak berketul ketul. |
Bahan Untuk Doh: |
500 gram tepung gandum |
1 biji telur |
2 camca besar marjerin |
1/2 camca teh garam |
160 - 170 ml air - lebih kurang ler |
Cara menyediakan: |
1 Adunkan tepung gandum,telur,marjerin,garam dan air sehingga adunan tidak melekat ditangan. |
2 Gelek doh tersebut nipis nipis dengan penggelek kuih. Sapukan rata dibahagian tengah dengan campuran yang telah dibuat tadi. |
3 Gulungkan doh tersebut perlahan lahan tetapi kemas. |
4 Setelah itu potong doh yang telah digulung berukuran 1cm setiap satu. |
5 Gelekkan sekali lagi doh kecil tersebut menjadi memanjang. |
6 Goreng dalam minyak sederhana panas. Balik balikkan gorengan sehingga warna bertukar keemasan. Angkat dan masukkan dalam gula halus. Gaulkan sehingga gula menyaluti keseluruhan. |
Isnin, 22 November 2010
Tiram
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan