free counters

Isnin, 22 November 2010

Tempeyek


Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras
100 gm kacang tanah
Sesudu teh jintan putih
Sesudu teh jintan manis
Sesudu teh ketumbar
2 cawan santan
Setengah cawan udang kering yang dikisar halus
Sesudu teh kapur makan
2 sudu teh gula
Sesudu teh garam
60 gm ikan bilis
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan:

1 Bersihkan dan toskan kacang tanah.
2 Jintan manis, jintan putih dan ketumbar disangai. Bahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagan dikisar halus.
3 Bancuh tepung beras dan masukkan semua bahan.  Jangan terlalu pekat.
4 Panaskan minyak atas api yang sederhana besar.
5 Dengan menggunakan acuan tuangkan adunan tadi ke atasnya 
dan taburkan beberapa biji kacang tanah dan ikan bilis. 
6 Apabila agak keperangan, angkat dan toskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan