free counters

Isnin, 22 November 2010

Cucur Udang

Bahan-bahan:

20 ekor udang
Sebiji telur 
100 gram tepung gandum
125 ml - 130 ml air rebusan kepala udang
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 ulas bawang besar dihiris
Sedikt taugeh
Sedikit daun kuchai dipotong
Sedikt pewarna kuning
Garam

Cara menyediakan:

1 Bersihkan udang. Ambil bahagian kepala udang dan rebus. Dapatkan 125 ml -130 ml air udang tersebut. Sejukkan dan ketepikan.
2 Campurkan tepung, soda, garam, taugah, daun kuchai, telor, bawang besar dan beberapa titik pewarna kuning. Bancuh perlahan lahan  dengan air rebusan kepala udang tadi. Bancuhan hendaklah tidak terlalu pekat atau cair. 
3 Masukkan minyak penuh kedalam kuali. Panaskan minyak dan rendam senduk yang nak dijadikan acuan tu. Bila senduk tu cukup panas, ambil sesudu bancuhan tepung dan bubuh dalam acuan, letakkan udang  atas tepung tu. 
4 Goreng dan biarkan tepung tertanggal dari acuan. Ulangi proses ini sehingga adunan habis. Enak dimakan ketika cucur masih panas bersama chili sos.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan