free counters

Rabu, 24 November 2010

Tauhu Sumbat

Bahan bahan:

Bahan Untuk  Tauhu;

Tauhu
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

Gaulkan garam dan sedikit serbuk kunyit, goreng sehingga kekuningan. Potong pepenjuru setiap keping tauhu untuk mendapat bentuk segitiga. Tebuk dibahagian tengah.

Bahan Untuk Inti Tauhu;

Sengkuang  yang dipotong halus memanjang
Timun  yang dipotong halus memanjang
Lobak merah yang dipotong halus memanjang
Chili merah yang dipotong secara memanjang
Taugeh

Cara menyediakan:

Celurkan semua sayur ke dalam air panas dan toskan. Kemudian masukkan inti ke dalam tauhu sumbat yang telah di belah tengah. Enak dihidangkan bersama chili sos.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan