free counters

Rabu, 24 November 2010

Keropok Lekor


Bahan-bahan:

Bahan Untuk Keropok:

2 ekor ikan kembung atau selayang
100 gm tepung sagu
30 gm tepung  kanji
1 1/2 sudu kecil garam
Sedikit serbuk perasa.

Cara menyediakan:

1. Bersihkan ikan. Buang kulit ikan dengan mengoyakkan kulit dari kepala hingga ke ekor. Ambil isi ikan sahaja.
2 Potong isi ikan kecil sedikit  supaya mudah untuk dikisar dan kisarkan  isi ikan hingga hancur
3 Masukkan tepung sedikit sedikit  ke dalam bekas yang mengandungi ikan. Gaul sebati sehingga ke semua tepung habis. Masukkan garam dan serbuk perasa.
4 Ambil sedikit adunan keropok dan gentel di atas papan. Taburkan sedikit tepung kanji di atas papan supaya tidak melekat pada papan. Ulang sampai habis.
5 Panaskan air di dalam periuk. Masukkan keropok setelah air mendidih. Angkat keropok setelah ia timbul dipermukaan. 
6 Keropok yang belum direbus tadi boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu.

Bahan Untuk Sos:

Sedikit gula melaka
1 sudu kecil asam jawa dibancuh dengan air
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar cuka
1 sudu besar tepung jagung untuk memekatkan sos
2/3 cawan air

Cara menyediakan:

Masukkan air ke dalam periuk dengan api yang perlahan. Selepas itu masukkan chili kisar, gula melaka dan air asam jawa. Bila sudah mendidih, masukkan garam dan gula. Masukkan cuka dan  akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan