free counters

Rabu, 24 November 2010

Talam Pandan


Bahan bahan:

Bahan  Untuk  Bahagian Bawah:

1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula 
2 cawan santan cair dicampur  sedikit garam
1 cawan jus pandan dan  pewarna hijau
1 sudu besar air kapur

Cara menyediakan:

1 Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci dan kukus sebentar.
2 Masukkan semua bahan lapisan bawah ke dlm mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
3 Masak adunan sebentar sehingga naik wap dlm 10 minit dan kacau sentiasa.
4 Tuangkan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 20 minit.

Bahan  Untuk  Bahagian Atas:

1/2 cawan tepung beras
4 sudu besar tepung jagung
3 cawan santan sederhana pekat
1 sedu kecil garam

Cara menyediakan:

1 Gaulkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan.
2 Masakkan sekejap adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul ketul dalam masa kira kira 10 minit.
3 Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dengan garfu dan tuangkan adunan lapisan atas ke atas lapisan bawah tadi.
4 Sekiranya ada sedikit air atas lapisan tu, bolehlah lapkan sedikit guna kertas tisu dan cakarkan.
5 Kukus lagi selama 20 minit. Setelah siap, angkat dan sejukkan.
6 Sejukkan betul betul sebelum potong dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan