free counters

Ahad, 28 November 2010

Sup Ayam Berempah


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam dipotong  kecil
1 biji kentang  dibelah 4
1 batang carrot di potong serong
1 batang saderi dipotong serong
2 inci halia  di ketuk
3 ulas bawang merah di hiris halus
2 ulas bawang putih di hiris halus
Rempah tumis (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkih)
1 sudu makan rempah sup 
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Air
Bawang goreng
Daun sup

Cara penyediaan:

1 Dalam periuk,rebus ayam dengan air secukupnyer sehingga separuh masak. Masukkan kentang, carrot, batang saderi, dan halia. Rebus hingga kentang empuk.
2 Dalam kuali lain, panaskan minyak. Masukkan rempah tumis, bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga kekuningan. Masukkan rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air.
3 Masukkan bahan tumis  ke dalam periuk sup ayam tadi. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Renehkan sebentar dan matikan api.
4 Hidangkan dengan menaburkan bawang goreng dan daun sup. Enak dimakan dengan sambal kicap atau begitu sahaja.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan