free counters

Selasa, 23 November 2010

Puteri Mandi


Bahan-bahan :

2 cawan tepung pulut 
Air daun pandan
1 s/t air kapur
1/2 biji kelapa muda [parut]
1/2 cawan gula perang
Gula pasir secukup manis
Daun pandan disimpulkan
Pewarna hijau dan merah
Air secukupnya
Garam

Cara menyediakan:
 
1. Ambil 1 cawan tepung pulut dan dibancuhkan dengan air daun pandan, air kapur, garam dan warna hijau. Buatkan  doh sebesar bola ping pong.
2 Sediakan periuk berisi air dan simpulan daun pandan. Masakkan sehingga mendidih.
3 Penyetkan bebola tadi ditengahnya supaya leper 
4 Masukkan bebola kecil dalam periuk berisi air pans dan bairkan ia timbul.
5 Bila sudah timbul, angkat dan masukkan dalam mangkuk yg berisi air. 
6 Ambil lagi 1 cawan tepung pulut dan bancuhkan dengan air, garam, air kapur dan pewarna merah. Dan ulangi proses yang sama. Anda boleh memilih beberapa warna yang disukai dan proses yang sama dilakukan.
7  Dalam periuk lain masukkan 1/2 cawan air, gula perang, gula pasir dan masakkan sehingga mendidih dan pekat.
8 Masukkan kelapa muda dan bebola kecil tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan