free counters

Jumaat, 26 November 2010

Puding Marmar

Bahan-bahan :

40 gram agar-agar direndamkan sebelum merebusnya
6 cawan air
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad
1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan 1 sudu besar air suam

Cara menyediakan:

1 Rebuskan agar dengan air sehingga hancur.
2 Masukkan gula dan ditapis sesudah  mendidih.
3 Bancuhkan susu cair dan tepung kastad dan tapiskan.
4 Masukkan bancuhan kastad dan kacau sehingga agak pekat.
5 Asingkan sebahagian dan masukkan bancuhan serbuk koko dan masakkan sehingga agak pekat.
6 Sendukkan adunan coklat kedalam acuan.
7 Lapiskan sendukkan adunan putih (kastad saja) keatas adunan coklat tadi. Biarkan keras sekejap.
8 Ulangi proses ini sehingga semua adunan habis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan