free counters

Khamis, 25 November 2010

Agar Agar Bandung


Bahan-bahan :

1 peket agar-agar (12 gm)
1/2 cawan gula
4 cawan air
1 cawan susu cair
2/3 titik pewarna merah
1 titik esen pisang atau esen ros

Cara menyediakan:

1 Masukkan agar-agar yang telah dibasuh dan ditoskan ke dalam periuk. Masukkan air dan didihkan hingga agar-agar cair.

2 Masukkan gula pasir. Biar hancur. Masukkan pewarna merah, susu cair dan esen pisang/ ros.

3 Kacau sebati dan didihkan. Matikan api dan tapiskan ke dalam acuan pilihan. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan