Bahan -bahan: |
Bahan Untuk Balutan: |
2 cawan tepung gandum |
1/4 cawan air |
1/4 sudu garam |
2 sudu besar cuka masak |
Cara menyediakan: |
Gaul kesemua bahan dan perap sekurang kurang ya 30min. Bila dah perap, ambl 'non stick pan' dan hidupkan api sederhana besar. Kemudian ambil sejemput tepung tadi dan oleskan pada kuali tu dengan gerakan dari luar kedalam. Buat pusingan satu arah sahaja. Biar kering dan angkat, tidak perlu terbalikkan. |
Bahan Untuk Inti: |
2 batang lobak merah yang hiris halus |
1/4 kobis yang hiris halus |
1/2 biji bawang besar yang di mayang |
2 sudu besar udang kering dikisar |
1 sudu kecil minyak untuk menumis |
Cara menyediakan: |
Tumis bwg besar & udang kering.Kemudian masukkan carrot & kobis. Masak sehingga sayur layur. |
Bahan Untuk Sos: |
2 ulas bawang besar yang dikisar |
Chili kisar |
Air asam |
1 sudu besar tepung jagung yang dibancuh dengan 1/4 cawan air |
Gula dan garam |
Cara menyediakan: |
Tumis bahan kisar sehingga kering. Kemudian masukkan air asam sedikit.Gaukan hingga sebati. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung. Fungsi tepung jagung nak bagi dia likat sikit. Kemudin perisakan dgn gula & garam. |
Kacang tanah tumbuk untuk ditabur. Sangai kacang, buang kulit dan kisar. |
Cara menghidang: |
Ambil sekeping kulit popia. Sapukan rata dengan sambal di seluruh permukaan. Kemudian taburkan kacang tumbuk. Pastu bubuh inti sayur dan gulung. |
Rabu, 24 November 2010
Popia Basah
Label:
Popia Basah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan