Bahan-bahan: |
700 gram beras |
100 gram bawang besar dihiris |
50 gram halia dihiris |
50 gram bawang putih dihiris |
30 gram daun pandan |
Kayu manis |
Buah pelaga |
Bunga cengkih |
200 gram minyak sapi |
300 gram susu segar |
Garam secukup rasa |
Puri tomato |
Tomato (dipotong memanjang) |
Cara menyediakan: |
1 Bersihkan beras dan toskan airnya. |
2 Panaskan minyak sapi, dan margerin dan tumiskan bawang besar,halia,bawang putih bersama kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih dan daun pandan. Masukkan puri tomato dan tumis hingga pecah minyak. |
3 Masukkan beras ke dalam periuk tumisan,kemudian masukkan air dan susu segar serta garam. |
4 Tutup periuk tetapi hendaklah dikacau sekali sekali dengan api perlahan. |
5 Setelah agak kering, masukkan tomato yang telah dipotong bersama daun ketumbar.Kacau perlahan lahan dan rata selepas nasi kering. |
Sabtu, 20 November 2010
Nasi Tomato
Label:
Nasi Tomato
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan