Bahan-Bahan: |
200 gm nasi yang sudah ditanak |
1 biji bawang putih (diketuk) |
2 biji bawang merah (dihiris halus) |
10 biji cili padi (dikisar bersama secubit belacan) |
2 biji cili merah |
80 gm isi ayam (dipotong kecil) |
2 biji telur ayam |
Sedikit ikan bilis |
Secekak kangkung |
Sedikit minyak untuk menumis |
Garam secukup rasa |
Cara menyediakan: |
1 Tumiskan bawang sehingga naik baunya. Masukkan ikan bilis dan kacau sehingga sedikit garing. |
2 Kemudian masukkan isi ayam dan kacau sehingga ia masak. Pecah dan pukulkan telur seketika dan masukkan cili yang telah dikisar bersama secubit belacan, kacau sehingga telur masak. Masukkan kangkung. |
3 Kemudian masukkan nasi, garam dan perisa. Kacau sehingga masak. Hidangkan bersama daun bawang, bawang goreng dan cili merah. Enak juga dimakan bersama telur mata kerbau dan berulam timun. |
Sabtu, 20 November 2010
Nasi Goreng Kampung
Label:
Nasi Goreng Kampung
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan