Bahan-Bahan: |
1 kg beras wangi dicuci dan toskan |
1 liter air |
2 sudu makan minyak jagung |
200 ml susu cair |
5 sudu besar minyak jagung |
7 ulas bawang merah dihiris halus |
5 ulas bawang putih dihiris halus |
1inci halia dihiris halus |
1/2 cawan isi jagung manis |
1/2 cawan lobak merah dipotong halus memanjang |
Sedikit rempah empat sekawan |
Sedikit garam |
2 helai daun pandan |
Sedikit daun sup |
Sedikit bawang goreng |
Cara menyediakan: |
1 Panaskan minyak jagung dan tumiskan bahan hirisan sehingga naik bau masukkan rempah empat sekawan dan kacau sebati. |
2 Kemudian masukkan pula air, garam dan daun pandan. Biarkan mendidih, selepas itu barulah masukkan beras dan susu. Kacau sebati. Masak seperti biasa. |
3 Apabila hampir kering, baru masukkan jagung dan lobak. Tanak sehingga masak. Akhir sekali, taburkan daun sup dan bawang goreng. |
Ahad, 21 November 2010
Nasi Harum Manis
Label:
Nasi Harum Manis
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan