free counters

Ahad, 21 November 2010

Nasi Goreng Kerabu


Bahan-Bahan: 

2 cawan nasi
2 keratan ikan masin yang telah d goreng dan dihancurkan
Sengengam ikan bilis yang telah digoreng dan dikisar halus
6 biji cili api dikisar halus
2 ulas bawang putih dikisar halus
1 biji bawang merah di mayang
5 batang kacang panjang di potong halus
2 batang serai di potong halus
Sedikit daun pudina di potong halus
Sedikit bunga kantan di potong halus
2 sudu besar minyak makan
Sedikit serai potong halus
Sedikit garam 

Cara menyediakan:

1  Panaskan minyak masak,  masukan bawang putih dan cili api dan masak sampai kekuningan kemudian masukan semua kacang, serai dan ulaman kacau sehingga 1-2 minit dan masukkan nasi, kacau sehingga sebati.
2. Akhir sekali masukan bawang merah, ikan bilis dan ikan masin dan masukkan garam mengikut citarasa anda.
3 Enak dimakan bersama timun dan keropok keping yang digoreng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan