free counters

Sabtu, 20 November 2010

Nasi Bukhari

Bahan-bahan:

1 kg beras basmathi, direndam 30 minit dan toskan
1 tin susu cair
1 cawan sayur campur
1 ekor ayam (digoreng masak)
3 biji bawang besar, dihiris halus
10 biji bawang putih, , dihiris halus
2 inci halia, , dihiris halus
3 batang kayu manis
4 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
100 gram minyak sapi
100 gram margerin
Sedikit jintan manis, jintan putih dan ketumbar biji (dikisar halus)
Air secukupnya 
Daun pudina
Garam secukup rasa

Cara-cara

1 Panaskan minyak sapi dan margerin dalam periuk, masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Kemudian tumis bawang besar yang telah dihiris sehingga naik bau, masukkan pula bawang putih dan halia yang telah dihiris halus. Selepas itu masukkan pula intan manis, jintan putih dan ketumbar biji yang telah dikisar halus. Tumis sehingga naik bau.
2. Tuang air dan juga susu cair serta garam, diikuti dengan beras basmathi.
3. Masak sehingga airnya mendidih dan agak kering sedikit. Masukkan ayam goreng dan gaul rata. Taburkan atas nasi dengan bawang goreng dan daun pudina. Tutup dan biarkan sehingga nasi betul betul masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan