free counters

Sabtu, 20 November 2010

Nasi Beriani


Bahan-bahan:
1 kg beras basmathi, direndam seketika dan ditoskan 
1 tin kecil minyak sapi 
100 gram margerin
1 tin susu cair 
3 biji bawang besar  dihiris halus
5 ulas bawang putih dihiris memanjang dan halus
2 inci halia dihiris memanjang dan halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2-3 helai daun pandan
Rempah beriani
Daun ketumbar
Bawang goreng
Gajus
Garam secukup rasa
Air mengikut sukatan beras

Cara menyediakan:
1 Panaskan minyak sapi dan margerin. Masukkan kayu manis, bunga    cengkih, bunga lawang, buah pelaga, daun pandan dan bahan bahan   yang telah kisar. Masukkan rempah beriani dan tumis hingga berbau  wangi. Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang.
2 Masukkan beras ke dalam periuk tumisan,kemudian masukkan air dan susu segar serta garam.
3.  Masak hingga nasi kering. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng. Tutup tudung periuk dan biar nasi betul betul masak. Gaul nasi perlahan lahan  sekadar meratakan bahan bahan yang di tabur tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan