free counters

Sabtu, 20 November 2010

Nasi Minyak






















Bahan-bahan:

700 gram beras basmathi
100 gram bawang besar dihiris halus
50 gram halia dihiris halus
50 gram bawang putih dihiris halus
2-3 helai daun pandan
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
200 gram minyak sapi
100 gram margerin
300 gram susu segar (boleh diganti dengan susu cair)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara menyediakan:

1)Bersihkan beras dan toskan airnya.
2)Panaskan minyak sapi serta margerin dan tumiskan bawang besar,halia,bawang 
   putih bersama kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih dan 
   daun pandan.
3)Masukkan beras ke dalam periuk tumisan,kemudian masukkan air 
   dan susu cair serta garam.
4)Tutup periuk tetapi hendaklah dikacau sekali sekali dengan api
   perlahan.
5)Selepas masak dan sedia untuk dihidangkan,taburkan kismis dan juga
  daun ketumbar di atasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan