Bahan-Bahan: | |
Bahan Untuk Inti: | |
100 gm kacang hijau | |
100 gram gula | |
50 ml santan | |
Garam mengikut rasa | |
2 helai daun pandan | |
Cara menyediakan: | |
1 Bagi cara membuat inti, rendam kacang selama sejam dengan air panas. Toskan airnya, bungkus dengan kain dan kukus selama sejam. Setelah sejuk, kisar sehingga halus. | |
2 Panaskan kuali, dan masukkan tepung kacang hijau, gula,santan dan garam. Masak sehingga sebati dan sejukkan. | |
Bahan Untuk Kulit: | |
250 gram tepung pulut | |
15 gram gula | |
1 sudu teh garam | |
230 gram santan yang disuamkan | |
Cara menyediakan: | |
1 Gaul sehingga sebati tepung pulut, gula dan garam. Masukkan santan dan uli sekali lagi. Warnakan mengikut warna yang disukai. | |
2 Ambil adunan kulit sebesar telur puyuh dan bubuh inti di tengahnya.Bentukkan mengikut buah yang disukai. | |
3 Alaskan dengan daun pisang atau daun pandan. Kukus selama 10 minit tetapi buka bungkusan setiap tiga minit dan lapkan air kukusan supaya air tidak jatuh ke atas buah dan merosakkan bentuknya. |
Isnin, 22 November 2010
Kuih Angkoo
Label:
Kuih Angkoo
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan