free counters

Isnin, 22 November 2010

Kuih Akok


Bahan-bahan:-


8 biji telur itik
2 biji telur ayam
300 gm gula melaka
200 ml air
400 ml santan
2 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
60-70  gram tepung


Cara menyediakan:


1 Masak gula melaka bersama 200ml air hingga larut, masukkan sekali daun pandan yang telah disiat dan disimpulkan.
2 Tutup api. biarkan suam.
3 Masukkan santan dan  bahan lain. Kacau hingga sebati. Kemudian tapiskan.
4 Panaskan acuan akok  dalam ketuhar 210C.
5 Lletak lapisan paling atas dalam ketuhar. Masukkan sedikit minyak dalam acuan. Biarkan minyak panas.
6 Tuangkan bancuhan akok setinggi 1in, kuih akan mengembang dan  bila sejuk akan mengecut balik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan