free counters

Isnin, 22 November 2010

Nagasari


Bahan-bahan:-


1 cawan tepung beras
5 cawan santan
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu besar  gula pasir
½ sudu teh garam
5 biji pisang raja
Daun pisang secukupnya  dilayurkan untuk membungkus


Cara menyediakan:
   
1 Gaul  tepung, santan, garam dan gula hingga sebati.
2 Tapiskan adunan ke dalam periuk. Kacau di atas api kecil hingga pekat dan angkat.
3  Ambil 1 senduk adunan dan letak di atas daun pisang. Letakkan sepotong pisang dan tutup adunan ini dengan daun pisang seperti buat lepat. 
4 Letakkan kuih dalam dulang pengukus dan kukus selama ½ jam atau hingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan