free counters

Isnin, 22 November 2010

Ketupat Sotong


Bahan-Bahan: 


1 tin susu beras pulut
12 ekor sotong basah dibersihkan 
1 biji kelapa diperah untuk santannya yang pekat dan cair
1 in halia
2 ulas bawang merah
1 sudu teh halba
Sedikit gula
Beberapa batang lidi untuk penyemat


Cara menyediakan:


1 Beras pulut dibersihkan kemudian ditanakkan dengan santan cair sehingga masak. Setelah itu ambil sedikit dari pulut yang telah ditanak tadi kemudian isikan ke dalam perut sotong, setelah itu cantumkan semula sotong dengan kepalanya. Sematkan dengan lidi.
2 Aturkan sotong yang telah diisi dengan pulut tadi di dalam periuk setelah itu tuangkan sedikit santan cair dan masukkan bersama bawang merah, halia yang telah dimayang serta halba. 
3  Masak sehingga mendidih setelah itu masukkan santan pekat, garam serta gula secukup rasa. 
4 Kacau-kacaukan kuahnya supaya santan tidak bergentel. Bila sotong sudah masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan