free counters

Isnin, 22 November 2010

Ketayap


Bahan-bahan :


Bahan Untuk Inti:


 ½ biji kelapa parut dan diambil putihnya sahaja 
 ¼ cawan gula melaka 
 ½ cawan gula pasir
 1 helai daun pandan
 ¼ cawan air


Cara menyediakan:


1 Campurkan semua bahan bahan inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana.
2 Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.


Bahan Untuk Kulit :


1 cawan tepung gandum
1 cawan jus pandan
½ cawan susu cair
1 biji telur
5½ sudu teh garam


Cara menyediakan:


1 Campurkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan.
2 Panaskan kuali leper (pan) dan sapu rata dengan minyak masak atau marjerin.
3 Tuangkan sesenduk adunan dan lenggang lenggangkan kuali tadi supaya adunan rata dan nipis. Setelah masak angkat dan ketepikan.
4 Ratakan kulit, letak sedikit inti dibahagian tengahnya. Lipat bahagian kiri dan kanan dan seterusnya digulung kemas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan