free counters

Isnin, 22 November 2010

Khasidah


Bahan-Bahan: 
4 camca besar minyak
2 cawan tepung gandum
4 biji bawang merah, dimayang halus 
3 ½ cawan air
1 cawan gula pasir
Beberapa titik pewarna kuning


Cara menyediakan:


1 Panaskan minyak. Goreng bawang hingga garing. Angkat bawang goreng dan  tuang minyak ke dalam mangkuk kecil.
2 Lengserkan  loyang dengan minyak tadi. 
3 Bancuh tepung bersama air dan  kacau hingga sebati. Tapis bancuhan ke dalam kuali bersih. 
4 Masukkan gula dan pewarna ke dalam bancuhan tepung. Kacau di atas api secara perlahan hingga kental dan tidak berbau tepung lagi selama 20 minit.
5 Apabila cukup masak, angkat & tuang Khasidah ke dalam loyang. Tuang baki minyak dan tabur bawang goreng. Biar sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan