free counters

Jumaat, 26 November 2010

Kerabu Taugeh Kerang


Bahan-bahan :

600 gram taugeh
1 kilogram kerang
3 biji bawang kecil
2 sudu besar sambal belacan
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar santan pekat
1 biji limau nipis diambil air perahannya
Sedikit garam

Cara menyediakan:

1 Kerang dibersihkan dan direbus. Bila masak, ambil isinya.
2 Taugeh dibersihkan dan dicelur dalam air panas. Kemudian ditoskan.
3  Bawang kecil dihiris nipis-nipis.
4  Dalam sebuah bekas, campurkan kerang, taugeh dan bawang kecil yang telah dihiris. Masukkan sambal belacan, kerisik dan santan pekat. Kacau rata-rata. Masukkan garam dan perah jus limau. Gaul rata-rata dan sebati. Sedia  untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan